Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Monday, 31 October 2011

Hujung Minggu Yang Penat tapi Indah.......Part 1

Macam aku cerita sebelum ni
aku ke Sepang untuk Moto GP 2011
perjalanan yang bermula seawal jam 5.00pagi hari Jumaat 21 Oktober.
Aku memandu sendirian ke Shah Alam dari Jitra
rehat seketika di Sungai Perak dan sampai ofis di Shah Alam jam 11.00 pagi
Sampai sana mula-mula member bagitau
esok ada dinner...aku kena pergi
temanya 'Lady In Red, Man In Black'
huh kacau!
Mana aku ada bawa apa-apa baju untuk dinner!
aku hanya bawa jeans dan t-shirt saja
yelah nak ke Sepang untuk Moto GP kan?
terus aku call anak buah di Shah Alam
minta pinjamkan baju merah untuk dinner
habis meeting lepas office terus ke rumah abang di Seksyen 8
selongkar closet Mei Mei cari baju merah
dapat!
pastu SIL kata ambil kasut mei Mei juga..
aku tengok ada stiletto depan bilik dia telangkup
aku angkat...warna merah!
yessss!

Esoknya pagi-pagi aku ke Sepang
seperti biasa berpanas disana dalam booth
keluar beli lunch untuk anak-anak buah akan Pekan Salak
kalau harap makanan kat SIC harus pokai semuanya in USD
nasib baik ada skuter
boleh seludup makanan masuk letak bawah seat.

pukul 3 aku gerak balik hotel untuk dinner
pukul 6.00 aku dah gerak dari Quality KL ke Sunway Hotel
sampai sana boss dah tanya aku invitation card dia..
isk aku pulak yang jadi coordinator sedangkan aku ni sekadar bidan terjun untuk cukupkan table.
aku dapat card CEO untuk lucky draw
best table kami tengah-tengah tepi red carpet.

Invitation card

bestkan dapat table kat area sini (ada advantage...)
door gift ..chocolate...sayang pulak nak makan...
dengan colleague aku Azie
 nanti aku sambung ye......untuk kejutan malam tu....

No comments:

Post a Comment