Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Tuesday 29 March 2011

Apa lagi....?

Apa lagi yang dia cari?
Masa aku tanya dia 3 bulan lepas beria-ria menafikan ada hati kat laki aku
tup2 hari ni dia buat miss call 2 kali kat En. Suami
apa tujuan aku tak tahu
bila call balik cukup berhati-hati dia nak jawab telefon
sudah-sudahla wahai perempuan
ex-hubby kau pun dah cerita segalanya kat honeyku
apa lagi yang kau cari??????

Friday 25 March 2011

Hidup bermadu secara harmoni

Petikan dari Kosmo 25 Mac 2011


PERSEFAHAMAN antara madu itu penting demi menyelamatkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim. - Gambar hiasan


MADU itu sinonim dengan rasa yang manis. Namun, bagi kebanyakan wanita, istilah madu sering kali membuatkan mereka berfikir tentang sesuatu yang pahit.

Seperti yang selalu saya tegaskan, untuk menjadikan sesuatu itu manis atau sebaliknya, bergantung sepenuhnya kepada diri kita sendiri. Bak pepatah Inggeris, jika limau itu masam, campurkanlah sedikit gula dan air kelak pasti ia menjadi minuman yang amat sedap.

Sama jugalah dengan hidup bermadu. Ia boleh diharmonikan jika kena pada caranya kerana poligami yang ditetapkan syariat adalah sebagai hikmah, bukan musibah.

Terima ketentuan-Nya
Betullah takdir penentu segala tapi takdir juga berkaitan dengan sikap sendiri. Lantas, jika ditakdirkan anda bermadu tidak kiralah yang pertama atau kedua atau ketiga ataupun keempat, percayalah anda mempunyai tanggungjawab dengan status tersebut.

Tanggungjawab paling utama adalah untuk reda dengan kehendak-Nya. Bagi anda yang menerima hidup bermadu, jangan dilayan kepedihan hati atau menuduh cinta dikhianati.

Jika anda yang 'mencelah' dalam sesebuah perhubungan pula jangan berbangga diri. Sebaliknya anda perlu sedar diri dengan kedudukan anda sebagai 'adik' dan hormatilah 'kakak' anda. Niatkan ikhlas untuk berkongsi dan bukan merampas.

Bersyukur kerana masih disayangi
Jika anda terpaksa menerima kehadiran wanita lain di dalam hidup suami anda, jangan bersedih sebaliknya bersyukurlah kerana anda masih disayangi.

Ya! Jika tiada lagi kasih si suami kepada anda, anda tidak akan dimadukan sebaliknya akan ditinggalkan atau dicerai terus. Ramai wanita di luar sana yang menghadapi kemelut sedemikian - ditinggal dek suami tanpa berita atau peruntukan kewangan semata-mata kerana bertemu cinta yang baru.

Sebaliknya anda masih mempunyai suami di depan mata, masih lagi diberi peruntukan nafkah dan diberikan layanan yang baik.

Jangan bermusuh
Bermusuh bukan saja menyakitkan hati malah menimbulkan amarah dan dendam. Jangan sesekali bermusuh ataupun bergaduh dengan madu anda. Anda dan madu anda mempunyai kedudukan dan taraf yang sama, tiada seorang pun berbeza.

Tidak kiralah anda yang pertama, kedua, ketiga atau keempat, anda sama sahaja. Mempunyai hak sama yang diiktiraf oleh syariat dan diperuntukkan oleh undang-undang.

Tiada yang mendapat lebih keistimewaan walaupun anda berstatus isteri muda atau isteri paling tua. Jika sukar untuk wujudkan hubungan mesra, memadailah jangan membenci antara satu sama lain.

Bersainglah secara sihat
Anda dan madu anda mempunyai satu persamaan iaitu isteri kepada suami anda. Lantas, berusahalah untuk menambat hati suami dengan sebaik-baiknya.

Jangan berebut sebaliknya bersainglah secara sihat. Jangan juga mempertikaikan segala yang diberikan oleh suami kepada madu anda atau segala yang dilakukan oleh suami bersama madu anda.

Berikan kebebasan kepada suami dan madu anda seperti mana anda juga inginkan kebebasan setiap kali suami bersama anda. Tidak perlu fikirkan aktiviti yang mereka lakukan bersama sebaliknya fikirkan aktiviti yang boleh anda lakukan bersama suami ketika tiba giliran anda.

Paling penting, usahakan yang terbaik untuk berikan yang terbaik kepada suami agar kasih sayang suami kekal utuh bersama anda biarpun terpaksa berkongsi.

Percaya keistimewaan sendiri
Jika anda yang pertama, anda paling istimewa kerana anda adalah wanita pertama yang berjaya merebut hati suami anda hingga anda dijadikan suri hidupnya berbanding jutaan wanita lain yang ada ketika itu. Sudah semestinya anda memiliki keistimewaan tersendiri yang membuatkan suami anda memilih anda.

Jangan salah sangka. Walaupun ada wanita lain hadir di antara anda dan suami anda, tidak bermakna wanita itu lebih istimewa daripada anda. Anda tetap unggul dan istimewa lantaran itulah suami anda memilih untuk memberikan anda seorang madu dan bukannya menceraikan anda walaupun setelah hatinya diusik oleh wanita lain. Yang nyata, suami anda masih memerlukan anda di dalam hidupnya.

Jika anda adalah isteri kedua, ketiga atau keempat, jangan merasakan diri anda terlalu istimewa!
Kedudukan anda dengan isteri sedia ada sebelumnya adalah sama sahaja. Tidak kiralah anda lebih berpendidikan, lebih berharta, berkerjaya menarik atau mungkin terasa lebih cantik serta lebih muda, anda belum layak diiktiraf sebagai lebih istimewa.

Hakikatnya, walau di mana pun kedudukan anda, semuanya adalah sama iaitu seorang isteri kepada seorang lelaki. Jadi, anda tidak perlu berasa terlalu cemburu dengan madu-madu anda.

Seperti yang saya jelaskan di awal tadi, setiap daripada anda mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang membuatkan suami anda memilih anda sebagai teman hidupnya.

Mungkin anda pandai memasak, suara anda manja, anda seorang yang kelakar, peramah dan pandai mengambil hati dan entah beribu alasan lagi yang hanya suami anda dan mungkin juga anda mengetahuinya. Kekalkan keistimewaan anda itu dan berusahalah untuk terus menambat hati suami dengan keistimewaan tersebut.

Ingatlah, sifat diri yang peribadi boleh dikekalkan sebaliknya jika anda sekadar menambat hati suami dengan rupa paras yang menawan hati, jangan terkejut jika tiba satu masa, anda dipinggirkan.

Rupa paras yang cantik dan bentuk badan yang menarik tidak akan kekal walaupun sekarang ini terdapat beribu produk dan pusat rawatan kecantikan.

Anda perlukan sesuatu yang lahir daripada dalam diri anda untuk kekal istimewa setanding dengan madu-madu yang lain. Apabila anda sedar keistimewaan diri anda, terimalah juga hakikat bahawa anda dan madu-madu anda juga mempunyai kelemahan tersendiri.

Atas rasa kesedaran ini, Insya-Allah keharmonian dalam perkahwinan poligami akan berjaya dikecapi.

Thursday 24 March 2011

Penerimaan....

Kerana pengalaman yang dah aku tempuh selama 10 tahun, aku sering menjadi tempat mendapatkan pandangan oleh isteri-isteri yang bakal diduakan atau sedang diduakan.

Aku pun bukanlah insan yang perfect..menghadapi kehidupan sebagai isteri pertama memang banyak memberikan aku semangat dan kekuatan dalam menempuhi pelbagai permasalahan dalam perhubungan suami isteri.

Kepada mereka yang didalam krisis suami sedang mabuk dilamun cinta, jangan cepat melenting menyerang suami, bermuhasabah dahulu, tenangkan hati dan confront suami untuk mendapatkan jawapan yang sebenar. Aku akui bukan mudah untuk mendapat pengakuan. Pelbagai helah akan diberi tapi Allah telah memberikan  seorang isteri satu instict untuk merasai perlakuan2 sebegitu..., perbanyakkan amalan mohon diberikan petunjuk insyaallah akan dilorongkan kebenaran kepada kita...Andai berpeluang untuk bersua dengan pihak ketiga janganlah terus menyerang dengan kata nista... cuba lakukan dengan pendekatan psikologi. Adakala berbicara secara berhemah lebih memberikan kesan kepada perhubungan itu..

Kepada mereka yang dimadukan...tak perlulah menanam sifat berdengki, irihati kepada pihak ketiga, Tak perlu menyerang mereka dengan kata nista kerana punca segalanya adalah dari suami sendiri yang tidak pandai menjaga hak kita sebagai isteri. Nilaikanlah samada suasana rumahtangga anda ada kekurangan yang nyata sejak adanya pihak ketiga. Andai tiada apa yang kurang kenapa perlu melenting? Mengapa harus menjadi insan tamak? Insyaallah akan terasa nikmatnya iaitu ketenangan dalam hidup selain ganjaran dariNYa nanti...

Wednesday 23 March 2011

Alahai Perempuan....

Semalam aku berbicara tentang kedunguan seorang lelaki kerana kealpaan atas tanggungjawab sebagai seorang suami. Hari ini bila buka akhbar Kosmo dan Metro nah keluar pula tentang kelemahan seorang perempuan hanya kerana satu perasaan yang dinamakan CINTA...

Kerana cinta sanggup 'menderma' RM300,000 kepada lelaki yang dicintai...Mungkin sebab dah lanjut usia menjadikan insan itu begitu 'desperate' untuk mendapatkan seorang suami. Agaknya betul apa orang kata cinta orang tua lebih hebat penangannya dari orang muda. Bila dah mabuk cinta hati jadi buta, akal jadi buntu hanya kerana perasaan yang dibuai rasa kasih dan sayang yang begitu romantik dari sang lelaki yang sememangnya tahu kelemahan insan sebegini.

Dengan jawatan sebagai kerani, di goda oleh lelaki dari luar negara yang sering dikatakan pandai mengambil hati wanita, sanggup mengeringkan tabungan dan menambah dengan bebanan hutang untuk diberikan kepada kekasih hati yang jauh dimata RM300,000! Hebat!

Tuesday 22 March 2011

Mulanya di sini...

Segalanya bermula disini...
aku terbaca artikel tentang seorang suami diserang isteri dengan golok dalam Kosmo!
Dalam hati terus terdetik aduhai suami
patutla kena serang..dah 3 bulan hang tak balik jenguk isteri
dapat pucuk muda terus lupa yang tua
alasan keluarga isteri marah sebab kamu dah kawin baru
dan diugut keluarga isteri sebab tu tak balik
isk...memang aku tak leh terima
habis dia ingat orang akan suka perbuatan begitu
kerja pun tak seberapa..
nak bela isteri seorang tak mampu buat perangai lagi
aku pun tak tahu nak kata apa lagi
korang yang membaca bolehla fikir sendiri...

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Isteri serang suami guna golok


MANGSA diiringi isteri keduanya menunjukkan laporan polis berhubung serangan isteri pertamanya di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Akibat cemburu dan tertekan, seorang 'juara' dikir barat cedera ringan selepas didakwa diserang isteri pertamanya dengan menggunakan sebilah golok dalam kejadian di rumah isteri keduanya di Kampung Pasir Tok Kambing, dekat sini pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun, hanya mengalami calar pada lengan dan dahi selepas bergelut dengan isteri pertamanya yang berusia 31 tahun.
Mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, kejadian berlaku selepas isteri pertamanya dikatakan datang ke rumah keluarga isteri kedua dengan menaiki sebuah kereta sambil membawa sebilah golok
Cerita mangsa, selepas menyedari dia berada di dalam rumah, isteri pertamanya terus masuk kedalam rumah selepas menendang pintu hadapan.
"Dengan tiba-tiba, isteri pertama saya menyerang dan cuba menetak saya dengan sebilah golok tetapi saya sempat menghalangnya dengan tangannya sebelum merampas parang trsebut."
"Pergelutan itu berlaku hampir 15 minit sebelum dileraikan oleh ahli keluarga isteri kedua saya yang bergegas masuk ke rumah selepas terdengar bunyi bising," dakwanya lagi ketika ditemui di Mahkamah Syariah dekat sini selepas memfailkan cerai terhadap isteri pertamanya semalam.
Tambahnya, isteri pertamanya marah kerana dia tidak pulang ke rumahnya sejak tiga bulan lalu selepas mengahwini isteri keduanya.
Menurutnya, dia sekarang sedang bekerja di sebuah kilang di Kuala Lumpur dan tinggal bersama isteri keduanya yang berusia 19 tahun yang dikahwininya sejak Januari lalu.
"Saya tidak balik ke rumah kerana semua ahli keluarga termasuk ibu merntua isteri pertama tidak suka dengan saya sejak megahwini anaknya dan pernah mengugut untuk mencederakan saya jika saya pulang ke rumah.
"Keadaan ini berlaku apabila saya merupakan seorang pendikir dengan pendapatan tidak seberapa dan isteri pertama saya juga seorang yang sangat cemburu serta pemarah," dakwanya.