Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Wednesday 12 October 2011

Tag Team

Jangan salah sangka
aku bukan masuk WWE atau WWF
dan ada tag team...
Ini Tag Team aku ngan Encik Suami
Kami berkerjasama dalam satu kerja sampingan
buat tour packages
aku buat paperwork..costing and dealings with customers
Encik Suami buat ground handling

Tapi selalunya kami akan bertekak dahulu
seperti biasa aku ni amat detail dalam costing semua ni
Encik Suami kalau aku tanya pasal harga bercakap serupa acuh tak acuh
bila customer mula bertanya aku mesti jadi geram
sebab Encik Suami selalu bagi aku harga kasar tentang satu-satu tempat
Pagi ni aku tanya lagi sambil bebel tentang cara dia yang bagi quote pada kawan aku
Package ke Haadyai
bila ada dua tiga group yang mula minta harga
baru dia sedar aku memang serius tentang package-package ni
tapi walau apa pun pergeseran peringkat awal memang cukup memberi kepuasan bila semua tour group yang di kendalikan berjaya dan puashati dengan servis yang diberi...

Terima kasih Encik Suami!

No comments:

Post a Comment