Awal bulan aku dah siapkan budget aku
kenkonon nak pergi Medan pertengahan bulan ni untuk Dealers Conference and Awards
tapi aku tak la standby banyak pun..
seribu pun tak sampai
sebab?
Aku dah jangka aku tak akan punya masa untuk pergi bersiar-siar atau shopping atas tuntutan kerja aku semasa disana.
semua ni atas pengalaman tahun lepas masa kat Hatyai untuk acara yang sama.
Biasala bila dah kena jadi MC untuk conference dan juga Awards tentulah masa kena habiskan pada persiapan dan rehearsal
minggu lepas nama-nama committee yang terlibat telah dipersembahkan kepada pihak atasan
seperti biasa adala acara cantas nama untuk cost cutting
kesudahannya nama aku dan beberapa lagi team mates telah dikeluarkan
tinggal la dua orang saja itupun sebab dia Head of Project dan yang sorang lagi tu handyman
lain-lain tugas akan dilakukan oleh Sales Division
legalah juga aku rasa...
selamat duit aku
hari Jumaat lepas..kereta aku dah menunjukkan ketenatan yang amat ketara
so Encik Suami hantarla pergi workshop...
semalam kereta siap dibaiki..
dan bayaran yang dibuat...........
habis duit yang aku save untuk ke Medan
(yang aku ingat bolehla aku save sebab tak jadi pergi)
hmmmmm.....dah memang tetulis camtu... duit tu kena keluar juga.....
KOPAK!
Dalam hidup perlu ada keseimbangan.. ada api ada air ada ilmu ada amal ada lelaki ada perempuan.....
Kisah aku, kau, dia dan mereka
Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.
Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...
Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...
No comments:
Post a Comment