Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Tuesday, 11 October 2011

Nak Berniaga la....

Dulu masa aku tinggal di Langkawi
aku buat nasi tomato untuk jualan
letak kat Kedai Kopi depan ofis
Lauk Sambal Ayam dan Daging Masak Kicap
sebungkus RM1
petang-petang buat Nasi Lemak Ikan Bilis aku letak kat warung roti canai kat rumah
lepasla duit belanja lauk aku...

Bila dah balik ke tanah besar
aku tak buat apa2 pun
sibuk ngan kerja yang seringkali outstation
kena pula Linda sibuk ngan anak kecil si Amsyar..
memang tak sempat
tapi bila Angah cakap dia nak start bisnes burger,
dan dah dapat tapak untuk berniaga, aku jadi semangat semula
huh dah mulala merancang nak buat nasi lemak
pastu aku ingat nak jual dadih juga....
aku dah tanya Linda dan dia kata ok
so minggu ni insyaAllah Angah akan mulakan bisnes dia
dan aku InsyaAllah minggu depan akan jalankan plan aku
mudah-mudahan berjaya...

2 comments: