Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Wednesday 18 April 2012

Jamboree MODENAS 2012

Isk lama sungguh tak menulis kat sini..
bukan tak ada cerita tapi otak dah naik tepu
kat ofis ni hari-hari dok kena menulis juga
tulis propsal la....

OK kali ni nak cerita pasal salah satu proposal yang aku buat awal bulan lepas
Alkisahnya sekumpulan penghuni forum telah mencadangkan Jamboree untuk pemilik motosikal MODENAS
idea yang bagus ini membuat pihak pengurusan bersetuju untuk memberikan sokongan kepada aktiviti tersebut
so  31 Mac baru-baru ni kami semua bergerak menuju ke Teluk Senangin, Perak

Kami sampai Teluk Senangin tengahari
set-up tempat yang bakal di adakan majlis BBQ malam nanti
dengan anggaran peserta 170 orang
seperti biasa aku kena jadi pengacara dengan seorang lagi otai dari grup Elegan Pak Ray
majlis berjalan lancar cuma agak kecewa dengan caterer
pinggan tak cukup!
wah kelam kabut aku, Izan dan Jun masuk ke dapur
yang ada di dapur cuma seorang tukang masak yang terkejut bila kami ceritakan masalah yang berlaku
apa lagi tanpa rasa malu,
kami selongkar habis cari pinggan mangkuk
pastu nasi yang disediakan pun tak cukup
kemudian timbul pulak isu air minum pun tak cukup
wah boleh pengsan macam ni
siap aku bebel pada caterer tentang perkara ini

apa-apapun malam tu memang happening bagi adik-adik bikers yang datang
seronok dengan lucky draw dan juga sesi karaoke
puas hati walaupun aku dan kengkawan tak dapat makan malam tu
habis acara pukul satu pagi kami pulang ke hotel berbekalkan burger sorang sebiji
buat pengalas perut sebelum tidur...

Peserta memenuhi dewan tunggu perasmian

Izan setia melayan peserta daftar untuk lucky draw

DJ dan 'artis jemputan'

final discussion tentang perjalanan majlis

Pengacara-pengacara majlis

hmmm......pandang jela...

Eleganets yang datang memberi sokongan

tempat tumpuan semestinya!

dapat hadiah lucky draw....hmmm bajuku basah setelah berhempas pulas di dapur sebelumnya..

sampai lambat tapi sempat layan makan...

Etong layan karaoke....



Esok pagi pantai Damai Laut menanti.....