Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Friday 14 October 2011

Gulai Ayam Kampung Dengan Betik

Tiga hari lepas bebudak landscape bagi aku betik muda
memula cadangnya nak di cicah bersama garam belacan
tup tup si Amri bersuara..
"Kak kalau betik tu buat gulai ngan ayam kampung mesti best.."
wah  ayam kampung...mana aku nak cari..rumah aku dalam taman membela ayam pun tidak
terus si Bukit Kepong kata dia akan bawa ayam kampung untuk aku
so pagi semalam aku dapat 2 ekor ayam dara...
balik rumah terus aku pun mulala proses memasak kari ayam
pastu teringat aku ada tepung atta
bila pandang kari hissshhhh sedapla plak makan capati
terus aku pun buat capati
so pagi ni di ofis kami kenduri kari ayam kampung masa rehat pukul 10 tadi
dan aku makan capati


Ini Kari ayam dara ....  :)




Ha.. capati yang dah tinggal separuh.....




2 comments: