Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Wednesday, 19 October 2011

I lose my temper..... :(

Macam aku cerita dalam entri sseblum ni
semalam memang sibuk
hari Isnin aku dah request transport untuk hantar 50 buah motosikal ke Sepang
so jadi dua lori la sebab satu lori max. 45 buah je
siap load yang lima buah tinggal lagi 45 buah
tapi motor-motor tu semua tak ready
lama tak hidup so kenala check semua satu persatu
semua ni last minit sebab staff yang in-charge motor tu pergi Medan
so bila dia dah balik baru boleh siapkan motor tu
jadi pak cik driver kita minta datang esok pagi ( pagi semalam la)

semalam motor semua ready untuk di load dalam lori
driver datang pukul 9.30 pagi
pukul 11.00 semua motor siap naik lori
kata staff aku pak cik tu pun macam beria je nak gerak ke Sepang
Pukul 4.30 petang SIC call tanya pasal ETA lori tu
so aku bagi no contact driver
bila dapat call...masyaAllah masih di Gurun!
Pengsan aku!
Janji sampai 18hb pukul 5.00 masih di Gurun bila nak sampai Sepang?????

Aku call pak cik driver
aku tanya pak cik kat mana
jawab dia, " ada kot-kot sini...."
aku tanya awat tak gerak lagi?
dia kata malam jalan
aduh.....awat buat camtu?
pak cik kan dah full load, tunggu apa lagi?
awat tak jalan terus?
dia marah aku
kata takkan lepas load jalan terus?
aku kata betulla sebab petang dah kena sampai
suara aku dah agak meninggi
pak cik tu terus marah aku
siap kata, " Mai amik kunci pi hantar sendirilah!"
Dengggg!!!!!!!!!!

hati aku sakit
apa aku nak jawab kat SIC?
aku call pengurusan transport tu
complaint
siap aku kata suruh pak cik tu hantar kunci kat aku
aku nak pergi hantar sendiri motor-motor tu semua...
(isk mampu kah aku bawa carrier?????....ngada betul!)
so pendek cerita transport company tu tolong tenangkan aku dan pak cik tu

pagi ni motor-motor tu semua sampai SIC
(lewat sehari dari schedule)
aku harap semuanya ok......

No comments:

Post a Comment