semua orang tidur dengan nyenyak
dapat homestay yang ada air-cond semua bilik
hmmm apa lagi memang bestla..tak macam masa pergi kenduri kawin Amin kat Sekinchan
ramai yang lari tidur kat hall sebab panas (nasib hall rumah tu luas)
pagi tu selepas solat subuh aku siapkan breakfast
nasi semalam banyak lagi so jadi nasi goreng dan goreng drummets
Amin dan FILnya keluar pergi beli nasi lemak dan sedikit kuih muih
lepas tu sibuk la pula untuk sediakan hantaran meminang
aku dan SIL godek-godek bekas hantaran untuk final touch
Kakak siapkan bekas yang berkonsep hitam putih..
En. Suami perli kakak dia mentang-mentang nak bermenantukan orang Pahang..
Hitam Putih?
Pukul 11.00 kami gerak ke Bandar Muadzam
sampai rumah anak dara masing-masing ambil tempat...
Ketua rombongan membuka bicara...
Selesai sarung cincin kami semua dihidangkan dengan makan tengahari
sudah pasti lauk ikan patin masak tempoyak...
Nurul dan Ain dah berkelat muka
tuan rumah tiba-tiba keluarkan mangkuk lain...
ikan patin tapi tak de durian.. :)
lauk lain tu masak lemak labu, ikan kering, kari daging ....
dessert puding dan tapai...
selesai majlis kami bergerak pulang ke Kedah...
letih!
mak ngan Hafiz pengsan!
Bulan March nanti ke Bandar Muadzam lagi.....
No comments:
Post a Comment