Ahad, 20.11.2011
Antara tarikh pilihan ramai untuk berkahwin
Aku tak kemana-mana hari tu
sekadar lepak kat rumah je
sebelah petang lepas dah jemu tonton tv aku ke Tasik Darulaman
Ramai orang kat sana
ada yang berjoging..aku tak jog tapi jalan-jalan keliling tasik sebab batuk
takut semput ...
ada yang datang bersama keluarga lepak-lepak
dan tak ketinggalan pengantin yang datang ambil gambar...
ha ramai betul pengantin yang aku jumpa
ada dalam enam pasang kot
dan warna kegemaran purple sebab 3 couple pilih kaler tu
cuma ada satu couple aku jumpa pakai kaler oren
sempat aku curi ambil gambar mereka dari jauh....
Kak Yun bawa adik jenjalan
Beriadah di tasik....
Ada pula inflatable playland untuk kanak-kanak.... huish nasib baik Hafiz ngan Hafizi tak ikut kalau tidak jenuh aku dok ajak balik.... ;)
Dalam hidup perlu ada keseimbangan.. ada api ada air ada ilmu ada amal ada lelaki ada perempuan.....
Kisah aku, kau, dia dan mereka
Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.
Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...
Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...
No comments:
Post a Comment