Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Wednesday, 16 November 2011

Cuti-cuti hujung minggu

Raya Haji baru-baru ni aku cuti seminggu
sepatutnya raya keempat tu dah start kerja tapi sebab birthday aku so aku cuti
pastu nak masuk kerja hari Khamis rasa macam tak berbaloi aku datang kerja
ye la rumah aku ke ofis pun dah 65km...
pastu hari Jumaat tu aku nak ke Kuantan pulak untuk rombongan meminang
so aku cuti je 3 hari habis cerita ..kan cuti aku banyak lagi..... :)

Birthday aku takde apa2 sambutan pun..
just aku memang relax kat rumah
hari Khamis En. Suami ada kerja so kena tunggu malam baru boleh gerak ke Kuantan
kesian En. Suami.. balik kerja letih-letih rehat jap 10min terus bersiap-siap kerumah kakak ipar aku
hantar Syikin yang akan buat revision SPM dengan Syifa dipantau oleh Along
lepas tu kami terus kerumah abang En. Suami pula dikampungnya
Sampai rumah abang En. Suami kata dia lapar.. nasib baik ada bekalan nasi goreng dengan daging masak kicap
so makan kat situ sementara tunggu abang dan kakak bersiap
tepat jam 12.00 tengah malam kami bergerak ke Kuantan

singgah di RnR Tapah, pastu RnR Temerloh

 Umai sibuk nak dukung Amsyar


 Ain letih bersama Papa

 En. Suami bersama abang dan kakaknya

Nurul dan adik manjanya Amsyar.....


sampai Kuantan pukul 9.00 pagi En. Suami terus tidur sama juga suami Along, Amin
Pengsan!
Kesian depa letih memandu sepanjang malam
Pukul 2.00 petang aku ke Giant beli groceries untuk masak
so aku dengan ipar-iparku masak nasi, sup sayur dan ayam goreng
pukul 4, Amin dan En. Suami kami kejutkan untuk makan pastu kami ke Teluk Chempedak...

Suka sungguh Amsyar dapat main pasir pantai
1st experience ke pantai..
masa datang awal tahun dulu Amsyar baru lepas pantang...


Hafiz dan Hafizi macam biasa mandi laut...


Malam singgah dinner di Tanjung Lumpur...
ok.. rehat la ye esok kita nak pergi meminang pula di Bandar Muadzam Syah.....

No comments:

Post a Comment