Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Monday, 21 November 2011

Dua Puluh Sebelas Dua Puluh Sebelas

Ahad, 20.11.2011
Antara tarikh pilihan ramai untuk berkahwin

Aku tak kemana-mana hari tu
sekadar lepak kat rumah je
sebelah petang lepas dah jemu tonton tv aku ke Tasik Darulaman
Ramai orang kat sana
ada yang berjoging..aku tak jog tapi jalan-jalan keliling tasik sebab batuk
takut semput ...
ada yang datang bersama keluarga lepak-lepak
dan tak ketinggalan pengantin yang datang ambil gambar...
ha ramai betul pengantin yang aku jumpa
ada dalam enam pasang kot
dan warna kegemaran purple sebab 3 couple pilih kaler tu
cuma ada satu couple aku jumpa pakai kaler oren
sempat aku curi ambil gambar mereka dari jauh....





Kak Yun bawa adik jenjalan






Beriadah di tasik....





Ada pula inflatable playland untuk kanak-kanak.... huish nasib baik Hafiz ngan Hafizi tak ikut kalau tidak jenuh aku dok ajak balik.... ;)

Friday, 18 November 2011

Kantin Tutup?????

Semalam lepas rehat petang
heboh dalam ofis kata tauke kantin tak berniaga esoknya
bila dah macam tu aku dan geng mulala berbincang
apa nak makan nanti bila waktu rehat
dan sudah pasti idea pot luck akan timbul

lepas berbincang kami bertiga
hasilnya inila yang kami makan hari ni kat pantry



 Ini aku bawa... Lontong, sambal udang dan kuah kacang











Ini yang kengkawan bawa... ada sardin, tempura udang, telur dadar dan ayam goreng....

Meminang

Usai keletihan sebab perjalanan yang jauh dari Alor Setar ke Kuantan
semua orang tidur dengan nyenyak
dapat homestay yang ada air-cond semua bilik
hmmm apa lagi memang bestla..tak macam masa pergi kenduri kawin Amin kat Sekinchan
ramai yang lari tidur kat hall sebab panas (nasib hall rumah tu luas)

pagi tu selepas solat subuh aku siapkan breakfast
nasi semalam banyak lagi so jadi nasi goreng dan goreng drummets
Amin dan FILnya keluar pergi beli nasi lemak dan sedikit kuih muih
lepas tu sibuk la pula untuk sediakan hantaran meminang
aku dan SIL godek-godek bekas hantaran untuk final touch
Kakak siapkan bekas yang berkonsep hitam putih..
En. Suami perli kakak  dia mentang-mentang nak bermenantukan orang Pahang..
Hitam Putih?

Pukul 11.00 kami gerak ke Bandar Muadzam
sampai rumah anak dara masing-masing ambil tempat...

Ketua rombongan membuka bicara...

 



Selesai sarung cincin kami semua dihidangkan dengan makan tengahari
sudah pasti lauk ikan patin masak tempoyak...
Nurul dan Ain dah berkelat muka
tuan rumah tiba-tiba keluarkan mangkuk lain...
ikan patin tapi tak de durian.. :)
lauk lain tu masak lemak labu, ikan kering, kari daging ....
dessert puding dan tapai...

selesai majlis kami bergerak pulang ke Kedah...
letih!

mak ngan Hafiz pengsan!

Bulan March nanti ke Bandar Muadzam lagi.....

Wednesday, 16 November 2011

Cuti-cuti hujung minggu

Raya Haji baru-baru ni aku cuti seminggu
sepatutnya raya keempat tu dah start kerja tapi sebab birthday aku so aku cuti
pastu nak masuk kerja hari Khamis rasa macam tak berbaloi aku datang kerja
ye la rumah aku ke ofis pun dah 65km...
pastu hari Jumaat tu aku nak ke Kuantan pulak untuk rombongan meminang
so aku cuti je 3 hari habis cerita ..kan cuti aku banyak lagi..... :)

Birthday aku takde apa2 sambutan pun..
just aku memang relax kat rumah
hari Khamis En. Suami ada kerja so kena tunggu malam baru boleh gerak ke Kuantan
kesian En. Suami.. balik kerja letih-letih rehat jap 10min terus bersiap-siap kerumah kakak ipar aku
hantar Syikin yang akan buat revision SPM dengan Syifa dipantau oleh Along
lepas tu kami terus kerumah abang En. Suami pula dikampungnya
Sampai rumah abang En. Suami kata dia lapar.. nasib baik ada bekalan nasi goreng dengan daging masak kicap
so makan kat situ sementara tunggu abang dan kakak bersiap
tepat jam 12.00 tengah malam kami bergerak ke Kuantan

singgah di RnR Tapah, pastu RnR Temerloh

 Umai sibuk nak dukung Amsyar


 Ain letih bersama Papa

 En. Suami bersama abang dan kakaknya

Nurul dan adik manjanya Amsyar.....


sampai Kuantan pukul 9.00 pagi En. Suami terus tidur sama juga suami Along, Amin
Pengsan!
Kesian depa letih memandu sepanjang malam
Pukul 2.00 petang aku ke Giant beli groceries untuk masak
so aku dengan ipar-iparku masak nasi, sup sayur dan ayam goreng
pukul 4, Amin dan En. Suami kami kejutkan untuk makan pastu kami ke Teluk Chempedak...

Suka sungguh Amsyar dapat main pasir pantai
1st experience ke pantai..
masa datang awal tahun dulu Amsyar baru lepas pantang...


Hafiz dan Hafizi macam biasa mandi laut...


Malam singgah dinner di Tanjung Lumpur...
ok.. rehat la ye esok kita nak pergi meminang pula di Bandar Muadzam Syah.....

Thursday, 3 November 2011

Gotong Royong

Esok di office ada gotong royong
aku dalam group A
Leader aku seorang Senior Manager
Tiba-tiba petang semalam dia suruh aku coordinate
sebabnya hari ni dia cuti
hish....

so aku minta managers semua hulur duit sponsor makan minum kami
he he berjaya juga dapat kutip duit
harap-harap semua orang yang terlibat esok tak mengelat....

Tuesday, 1 November 2011

Hujung Minggu Yang Penat tapi Indah.......Part 2

aku resa bosan kat ofis sekarang ni
so sambung cerita semalam...
malam tu opening artist ialah Head of Security, Sanusi
nyanyi lagu Broery..
pastu geng aku dari CCD..
wah tak sangka..
orang kecil tapi suara besar!
cutekan si Aryn penyanyi tu....?

dan mc untuk malam tu 

she's beautiful!

so bila sampai masa main artist nak perform
Sarimah kata main artist tak jadi datang
aku off coz tak percaya sebab masa awal tadi semua orang tengok video

si Azie nak pergi toilet la plak....
aku dah bising cakap jangan pergi mana2
sebaik Azie langkah keluar dewan 
Sanusi naik stage nyanyi lagu Lelaki Ini
dan lepas dua bait........
dia muncul....
lalu tepi aku sam bil nyanyi
(kan aku cakap ada advantage meja aku tu...)
wah....aku sempat pegang tangan dia sambil pose gambar bersama
tapi bukan dari kamera Azie sebab dia tak de...
sampai sekarang masih tak dapat kesan photographer tu...
tapi lepas tu Anuar datang lagi
so aku ambil gambar lagi...... :)

yang best Anuar siap interview aku....


ha..ha..makcik sebelah tu cam jealous je kat aku.....

memang seronok tak leh cakap le....
walaupun tidur pkul 2.30 pagi dan kena bangun awal untuk ke Sepang lagi aku  puas hati!

Pagi esok pukul 7.30 ke Sepang lagi
tunggu geng club, staff dan agensi kerajaan ambil tiket dari aku
pukul 3.30 aku gerak balik ke Jitra...
Letih tak terkata...so aku singgah RnR Sungai Buloh untuk lelap sebentar
sambung perjalanan pukul 4.30petang dan sampai rumah pukul 9.00 malam
sampai rumah baru aku tahu Marco Simoncelli kemalangan...
R.I.P Marco!

Letih...tapi indah!