Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Thursday, 21 April 2011

Usia Tua

Telefon berbunyi..ring..ring
ku angkat ku jawab ibuku disana
isk...macam cerita wonder pets la plak...

memang betul pun mak aku call
siap tanya tengah buat kuih untuk bekalan dia esok ke?
memang pun aku baru lepas siapkan kuih keria untuk digoreng pagi esok
bekalan untuk mak pergi rombongan..:)
pastu mak kata
"aku ada benda nak cakap ni tapi aku lupa"
aku tanya balik cuba ingat
tapi dia kata lupa..
terus aku start kereta pergi rumah mak
sambil bawa kuih keria yang nak digoreng esok pagi
he he he nanti menantu dia tolong gorengkan...
aku tanya lagi apa yang mak nak cakap tadi
jawabnya tetap sama..tak ingat
sampai aku balik rumah dia masih tak ingat...

harap2 esok pagi sebelum mak pergi ikut rombongan tu dia ingat apa dia nak bagitau aku
susahla aku nak tidur ni
dok fikir apa mak nak cakap tadi....

No comments:

Post a Comment