Kadang-kadang didalam hidup terpaksa membuat pilihan
pilihan yang bukan disukai oleh sesiapa pun
menjadi Ms J apabila rumahtangga tidak dapat diselamatkan lagi antara perkara yang paling tidak diingini oleh seorang perempuan
namun andai kata sehingga maruah telah dicalar, kesetiaan telah dikhianati, kasih sayang telah pudar, rasa hormat menjadi benci tiada apa yang perlu ditunggu lagi
Ironinya apabila memegang gelaran Ms J
terlalu banyak implikasi yang mendatang
andaikata pandai menjaga maruah diri syukur..insyaallah kurang umpatan diterima
namun jika menganggap tiket Ms J itu satu kelebihan
harus berani menanggung segala risiko yang mendatang
seorang kawan yang telah memegang status ini datang mengadu
sedih apabila niat baik sebagai seorang rakan yang memahami konflik perhubungan
memberi nasihat dan pandangan di salah ertikan
menyayangi persahabatan yang terjalin dan sentiasa mengambil berat tentang rakan tersebut
merasa kecewa apabila niat suci itu semakin tidak diendahkan
kenapa?
adakah dia merasakan Ms J ini sedang cuba menggoda?
atau dia sendiri mula merasakan bahawa kebaikan yang ditunjukkan itu menerbitkan rasa sayang yang sukar dimengertikan?
Justeru itu mengambil tindakan mendiamkan diri dari Ms J tanpa sebarang alasan?
Wahai lelaki..kenapa perlu bersikap begitu?
dengan sendirinya terpancar kelemahan diri yang sukar mengawal perasaan hanya kerana kebaikan insan lain?
apa yang berlaku kepada kawanku itu secara langsung memancarkan sikap lelaki
yang mudah jatuh hati pabila dilayan dengan baik sekali
sedangkan dia tahu Ms J telah punya insan lain yang bertakhta dihati...
sedih sekali kerana sikap ini dia kehilangan seorang sahabat yang amat mengerti...
Dalam hidup perlu ada keseimbangan.. ada api ada air ada ilmu ada amal ada lelaki ada perempuan.....
Kisah aku, kau, dia dan mereka
Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.
Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...
Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...
...saya pasti adanya sinar disebalik segala kesuraman ini...insyaallah !!
ReplyDelete