Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Sunday, 24 April 2011

Noor Asimah Laily.....

Semalam aku menziarahi seorang rakan lama yang kini koma di ICU HPP
selepas 30 tahun kami berpisah, aku dan mak berasa amat
sedih bila melihatkan keadaannya yang menderita ketumbuhan di otak

melihatnya mengimbau kenangan bersama kami masa kecil-kecil dahulu.
dia jiran aku di Pulau Pinang dari 1965 - 1980
orang Terengganu tapi di tempat aku tinggal tu kami semua bagai saudara
maklumla anak2 polis tinggal di berek
riuh-rendah kami masa tu
kalau raya pun tak ramai yang balik raya kat kampung
dan aku sendiri tak pernah balik kampung masa raya
semuanya di berek polis tu
ada sembilan blok kediaman
dengan lebih seratus rumah
bayangkan happeningnya masa tu bila beraya dari rumah ke rumah
walaupun dapat seposen bila beraya tapi seronok
masa tu seposen memang besar nilainya

jiran aku ni mak dia ( mak cik hendun) suka berniaga
macam-macam ada ais krim malaysia pelbagai perisa
milo, asam boi, kacang merah, bandung, sarsi...isk sampai tak leh ingat
rumah dia ada peti ais besar macam yang kat kedai
boleh buat air batu besar-besar
sambil tu mak cik hendun pun berniaga ais kacang dan rojak
aku selalu tolong dia meniaga kat bawah rumah
kalau korang nak tau berek yang kami tinggal tu setiap rumah ada bilik stor masing-masing kat ground floor
bilik stor tula jadi kedai Mak cik hendun ni
anak-anak dia semua rapat ngan keluarga kami
malah seorang dari anak dia tu mak aku sambut masa dilahirkan dirumah sebab keluar sebelum ambulan sampai
lepas tu adik tu tinggal dengan keluarga aku sebab mak dia ke mekah selepas tu (zaman kapal laut )

kawan aku yang sakit ni masa remaja memang ligatla juga
tp aku memang respek kat dia sebab jodohnya masih kekal sampai sekarang
walau macam2 cerita tentang dia dan suaminya yang heboh dikalangan kaum keluarga dan kawan-kawan
bila tengok dia terlantar semalam tanpa sedar airmata aku mengalir
sedih tengok penderitaan dia
sedih juga sebab keluarga dia tak datang melawat
cuma seorang abang yang tidak ambil pot pasal masalah2 ni semua
teringat kata abang dia
walau apapun kesalahan dia, dia tetap adik saya

balik dari hospital aku upload gambar dia dalam FB
alhamdulillah ada respon dari ahli keluarganya yg lain
dan paling aku seronok adiknya yang dah lama berkrisis dengan dia nak p melawat dia
doa aku dalam kesengsaraan yang dia hadapi sekarang
sebelum dia menutup mata
segala persengketaan keluarga selesai

Buat Kak Shimah....
Doaku buat mu semoga Allah meringankan segala beban dan kesakitan yang kau tanggung sekarang

Semoga cepat sembuh!

No comments:

Post a Comment