Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Saturday, 2 April 2011

Dendam yang tiada penyudah...

Hari ni aku baca pasal seorang ibu yang bencikan anaknya
hanya kerana anaknya iras bekas suami
kasihan si anak..apa dosa dia?
bila anak ambil bapa tinggal sekali
si ibu tambah meroyan
kata anak kacang lupa kulit
wahai perempuan..
kenapa perlu terus berdendam sebegitu
seharusnya kamu berbangga kerana berjaya mendidik anak yang menghargai orang tua
waima seorang ayah yang pernah meninggalkannya satu ketika dahulu
inilah kelemahan perempuan
suka menyemai kebencian dirasa kepada anak-anak
apakah kita mahu melihat anak kita menjadi pendendam selamanya?

No comments:

Post a Comment