Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Friday 23 December 2011

Masa Untuk Rehat

Cuti sekolah dah sampai ke penghujung
aku asyk sibuk dengan kerja
sebab produk baru
so bila dah selesai launching adalah masa nak cuti

bukan aku tak bawa anak-anak ke mana-mana cuti ni
aku curi masa juga masa pergi pameran perhimpunan UMNO baru-baru ini..
aku bawa anak-anak semua ke KL
lepas tu aku bagi depa naik lrt pi SOGO dan sewaktu dengannya

Encik suami dah bersuara..
dia belum melapangkan masa untuk bercuti bersama keluarga..
so minggu depan aku cuti sementelah cuti tahunan aku ada lagi 10 hari
boleh carry forward seminggu saja
cukuplah aku cuti minggu depan
nak pergi mana?
entahla ikut rentak En. Suamila..
kemungkinan ke Hadyaai sekali lagi...
bolehla aku usha hadiah untuk EGIG
so kepada semua
Happy Holidays!

1 comment:

  1. selamat tahun baru cek jah..ada ole ole dari haaddyai untuk ku jua? ihikss

    ReplyDelete