hari ni aku mula kerja selepas cuti 9 hari...
lemau betul rasa bila balik ofis ni...
Sini aku nak share percutian keluarga di Hadyai
Percutian ni pun last minute ..
selepas duduk rumah enam hari tak kemana
sebab En. Suami sibuk dengan urusan kerja
aku tanya En. Suami pperancangan dia.
mulanya En. Suami kata malas nak pi mana-mana
bila anak-anak mula mencebik muka
En.Suami terus cair
tup-tup terus suruh aku dan Linda packing baju
malam tu juga kami bertolak ke Hadyai..
So jam 7.00 malam, 29 Disember 2011
kami masuk ke Thailand
mula-mula singgah dinner kat Danok
anak-anak nak makan daging bakar
Murah....Enam orang makan dalam RM45.00
Nak tau kat mana? Ni lokasi warung tu...depan tu CIMB Thai..jarak dalam 1km dari Kompleks Imigresen Thailand.
Selesai makan singgah di kedai runcit dekat pasar
beli stok jajan untuk anak-anak
Sampai Hadyai check in kat Hotel Florida, dah pukul 10.00 malam
semua orang letih... terus zzzzz
Pagi esok bangun aku buka tingkap..ni ha view dari hotel... depan Lee Garden..
Pukul 9.00 kami mulakan aktiviti bersiar-siar..
Lokasi pertama Hadyai Municipal Park
Kat sini letaknya Ice Dome
Anak-anak suka tengok karikatur kartun yang ada
rupa-rupanya Lantern Festival
so decide malam nanti datang balik
terus kami ke Samila Beach di Songkhla..
Nasib tak baik..hujan lebat.... :-(
Kami balik hotel pukul 3.00 untuk rehat sekejap
Tiba malam pergi tengok Lantern
Lepas tu terus ke Klonghae Floating Market
Melangkah masuk aku nampak makanan exotic ni....
Cantik betul kuih kapit di jadikan bunga....
Pukul 11.00 balik hotel...
Esok kita balik.....
No comments:
Post a Comment