Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Tuesday, 20 December 2011

Staff Baru??????

Usai launching motor baru aku terus ke Danok Thailand
dengan rakan-rakan media
tak adala pergi berjimba pun tapi kami dinner disana
Aku, Ghani Kapchai dengan pembantu dia Jinn, Albakry dari CBT dan Tok Wan serta isterinya Hanny,
sedap makan nasi dengan daging bakar
dan paling penting murah! Baru selesai RM55.00 saja...
Aku tinggalkan depa menginap di Danok malam tu
dan aku balik rumah agak lewat
Buck bagi aku bawa balik Alza test drive unit
kesian anak-anak minta pulut ayam, tapi sebab dah lewat dekat tengahmalam aku tak jadi beli
Esok pagi aku ke Danok sekali lagi untuk jemput Buck balik
so sempatla beli  pulut ayam untuk anak-anak...
singgah rumah sekejap hantar pulut ayam dan ambil kereta ke ofis.

sampai ofis dalam tengahri aku nampak ada satu aktiviti kat parking

 isk ada staff baru?
muka familiar...............

so aku mendekati kawasan tu
oh baru teringat ada shooting drama 'Makbul II'
so sempatla aku ambil gambar ngan 'staff baru' tu.....

ha ha ada le kawan aku yang kena bomb!

No comments:

Post a Comment