Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Monday 19 December 2011

Motor Baru

15 Disember lepas launch motor baru

Motor untuk Rakyat
Murah je RM2,948.00
Enjin 100cc
Target untuk golongan kurang berkemampuan
yang selalunya beli motor dari China atau motor second hand

dan aku selalunya memang kalut sebulan sebelum launch
kena prepare speech dan press release
pastu boss suruh prepare skrip untuk iklan kat radio la pulak
so dengan kerjasama RTM Terengganu terhasil lah iklan radio dalam 4 versi
Loghat Kedah, Kelantan, Terengganu dan Standard
Aku bagi jalan cerita
depa buat skrip
so korang boleh la dengar kat radio ye!

Ini motor MR1 tu

Kaler biru /putih


 Kaler putih/jingga

MR tu stands for Motor Rakyat ye
bukan Motor Rosmah
takdenye nak bodek-bodek sape-sape.....

2 comments:

  1. sebelum terlupa, dalam resolusi tinggi (gambar foto asal) untuk diedit menjadi transportation untuk delivery services...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya taufik dari UiTM Perak.
      Boleh saya minta tolong? saya sangat-sangat "terdesak" untuk mendapatkan imej Modenas MR1 Versi studio seperti diatas (yang background putih je tu) dari pandangan angle sisi, depan mahupun belakang. Saya mahu gunakan untuk assignment terakhir saya dalam Major Disipline Diploma Art & Design UiTM. Harap dapat membantu. hehehe ni email saya : zumu.punye@gmail.com

      Delete