Kerana pengalaman yang dah aku tempuh selama 10 tahun, aku sering menjadi tempat mendapatkan pandangan oleh isteri-isteri yang bakal diduakan atau sedang diduakan.
Aku pun bukanlah insan yang perfect..menghadapi kehidupan sebagai isteri pertama memang banyak memberikan aku semangat dan kekuatan dalam menempuhi pelbagai permasalahan dalam perhubungan suami isteri.
Kepada mereka yang didalam krisis suami sedang mabuk dilamun cinta, jangan cepat melenting menyerang suami, bermuhasabah dahulu, tenangkan hati dan confront suami untuk mendapatkan jawapan yang sebenar. Aku akui bukan mudah untuk mendapat pengakuan. Pelbagai helah akan diberi tapi Allah telah memberikan seorang isteri satu instict untuk merasai perlakuan2 sebegitu..., perbanyakkan amalan mohon diberikan petunjuk insyaallah akan dilorongkan kebenaran kepada kita...Andai berpeluang untuk bersua dengan pihak ketiga janganlah terus menyerang dengan kata nista... cuba lakukan dengan pendekatan psikologi. Adakala berbicara secara berhemah lebih memberikan kesan kepada perhubungan itu..
Kepada mereka yang dimadukan...tak perlulah menanam sifat berdengki, irihati kepada pihak ketiga, Tak perlu menyerang mereka dengan kata nista kerana punca segalanya adalah dari suami sendiri yang tidak pandai menjaga hak kita sebagai isteri. Nilaikanlah samada suasana rumahtangga anda ada kekurangan yang nyata sejak adanya pihak ketiga. Andai tiada apa yang kurang kenapa perlu melenting? Mengapa harus menjadi insan tamak? Insyaallah akan terasa nikmatnya iaitu ketenangan dalam hidup selain ganjaran dariNYa nanti...
Dalam hidup perlu ada keseimbangan.. ada api ada air ada ilmu ada amal ada lelaki ada perempuan.....
Kisah aku, kau, dia dan mereka
Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.
Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...
Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...
when the experienced one speak...
ReplyDeletetp itulah kdg2 lelaki suke sgt nak sorok..cube terus terang je..ni tipu sana tipu sini..
isteri2 jugak y berperang
thanks Wata sebab sudi baca..
ReplyDeleteAnyway mmg betul bila suami sembunyikan sesuatu
pasti timbul kegusaran yg menyebabkan pertelingkahan