Dan bagi masyarakat melayu terutama disebelah utara semenanjung ianya juga cukup popular mungkin kerana pengaruh dari negara jiran.
Bagi aku, pulut bukanlah sesuatu yang aku gemarkan terutamanya pulut tanak.
Mungkin sebab teksturnya yang walaupun melekit tapi seperti nasi yang tidak dimasak sempurna.
Aku suka pulut lemak seperti Pulut Kuning, Pulut Sambal mahupun Ketupat Palas.
Namun begitu suami dan anak-anak memang sukakan pulut mungkin kerana mempunyai darah keturunan Thailand kot.... ;)
Cuti Deepavali yang lepas pulut menjadi menu utama kami sekeluarga
Bermula dengan bonda yang tiba-tiba nak makan Ketupat Palas...
Pastu anak-anak pula yang ternampak ayam dalam peti sejuk rekues nak makan pulut ayam...
Apalagi mulalah maknya menggodek pakcik google cari resepi dan inilah hasilnya....
Tengok tu berselera dia makan pinggan yang ketiga dia....
No comments:
Post a Comment