Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Monday, 27 October 2014

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Menjadi seorang wanita berkerjaya dan juga seorang ibu kepada 6 orang anak adakalanya memenatkan

Ditambah pula dengan kerja seperti aku yang sering keluar daerah untuk akiviti promosi syarikat yang seringkalinya berlaku di hujung minggu.

Namun  begitu apabila tidak keluar bekerja pada hujung minggu sudah menjadi seperti satu sessi 'menebus dosa' kepada keluarga. Dan sudah semestinya melayan selera mereka yang suka makan.

Minggu ni aku sepatutnya ke Sepang untuk menyaksikan Moto GP  bersama-sama rakan sekerja. Kiranya trip sambil melihat strategi promosi oleh kebanyakan syarikat aksesori permotoran. Tapi atas rasa bersalah kepada keluarga aku tidak menyertai mereka.

Teruja melihat adik menayang Japanese Cotton Cheese Cake yang dibuatnya dalam FB aku pun terus membeli bahan-bahan yang diperlukan.

Sungguh pun ianya agak menguji kesabaran tatkala memukul putih telur untuk menghasilkan tekstur yang gebu dan bertanduk hasilnya amat memuaskan hati!



Siap je bakar tetiba ada tetamu datang... Rezeki dia la nak rasmikan percubaan pertama kek ni.....


Mode : Bertambah teruja dan bersemangat untuk mencuba resepi baru






No comments:

Post a Comment