Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Monday, 6 January 2014

Salam Tahun Baru 2014

Rasanya belum terlambat nak wish Happy 2014..
Dah enam hari dah masuk tahun baru
hari ni baru ada semangat nak menghapdet blog
lama betul tinggal rumah ni
dah hampir lupa password pun
anyway banyak benda yang berlaku sepanjang 2013

Bermula dengan awal tahun 2013
Aku terpaksa memangku jawatan superior yang resign tanpa apa-apa imbuhan tambahan
Dapat Big Boss baru yang hensem, understanding dan berhemah
kemudian dapat lagi boss yang totally opposite dari Big Boss
sangat agresif, impatient dan bertindak tanpa berbincang dengan kumpulan
Lepas tu dapat pula senior yang muda orangnya
Gila-gila tapi sayangnya banyak benda aku yang kena buat
Kemuncaknya bila Big Boss resign dan dapat pengganti disusuli dengan arahan bertukar ke Shah Alam
tanpa apa-apa kenaikan mahupun elaun sara hidup
Ini membuatkan aku harus mengambil keputusan yang seterusnya mengubah kepada keadaan sekarang

Alhamdulillah, meletakkan jawatan di satu tempat yang sesungguhnya banyak kisah suka,duka, masam dan manis bukanlah pengakhiran buat segalanya.
Sekarang mula bekerja berhampiran dengan rumahku, jimat perbelanjaan harian dan

jimat duit tol! (ada hikmah kan? dengan tol yang bakal naik lagi dan kos sara hidup yang semakin meningkat)

Semoga 2014 ini akan terus memberikan aku lebih banyak kenikmatan hidup disamping keluarga tercinta dan lebih kelapangan untuk aku memperbanyakkan ibadatku kepadaNya....



No comments:

Post a Comment