Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Tuesday, 7 January 2014

Cuti-cuti keluarga Part 1

Sedar tak sedar dah 2 bulan kat tempat baru
dan sepanjang dua bulan tu setiap hujung minggu kena outstation untuk promosi
maknanya tiada cuti rehat langsung!

Encik suami dirumah pun dah berbunyi
anak-anak apa lagi..
boring katanya dirumah waktu cuti sekolah tanpa apa-apa aktiviti yang menarik
Kebetulan ada event di Melaka Disember lalu dan selepas itu ada masa rehat,
memandangkan anak-anak belum pernah menjejakkan kaki ke bumi Hang Tuah
terus rancangan dibuat untuk bercuti pada waktu itu...

Usai event yang tamat pada petang Ahad 15 Disember 2013
yang juga birthday Encik Suami, terus kami bawa anak-anak melawat sekitar bandar Melaka
dan sudah semestinya Dataran Pahlawan menjadi tumpuan



Suka tengok beca yang cantik hiasannya dan yang paling menarik ada iringan lagu-lagu terkini yang dipasang dikala membawa penumpang.

Untuk anak-anak, A'Farmosa sudah semestinya menjadi lokasi wajib untuk di lawati. Penat mendaki Bukit St. Paul sampai lupa nak ambil gambar di kota yang bersejarah itu.

Tengoklah perjalanan ke A'Farmosa..huh tengok gambar pun dok teringat kepenatan menaikinya..

  Turunnya kami dari Bukit St. Paul terus ternampak ada penggambaran drama. Kerana teruja melihat Michael Ang hilang terus rasa penat tadi...



Tak jumpa kereta lembu, replikanya pun okla kan untuk bergambar...


Malamnya makan malam di Umbai sempena birthday En. Suami.. dek kerana sesaknya orang kat situ dan bateri tab pun dah nak padam ini je gambar yang sempat di ambil.

Nanti sambung lagi ye...

No comments:

Post a Comment