Sebenarnya percutian ini lebih bayak impromptu decision yang diambil
Memandangkan anak-anak tak pernah ke Cameron Highlands maka perjalanan kami seterusnya ialah menuju kesana.
Sebelum tu kami singgah dulu Muzium Negara dan Pusat Sains Negara
Memang menarik untuk mendedahkan sejarah negara serta keajaiban sains kepada anak-anak
Paling melekakan apabila berada di Pusat Sains Negara
Bukan sahaja anak-anak, emak dan bapa pun turut leka mencuba pelbagai kaedah sains yang berkait rapat dengan kehidupan
Tapi sayang tak ambil gambar kat sana... mungkin sebab ralit dengan segala aktiviti
Sedar-sedar dah pukul 4.00 petang bila kami keluar dari Pusat Sains
Itupun apabila perut sudah mula berbunyi sebab lapar bila sarapan pagi agak ringan sekadar melapik perut
Berbekalkan makanan ringan kami terus bergerak ke Cameron Highlands
Kami sampai dalam pukul 7.30malam terus mencari hotel budget berdekatan KFC
Sesudah mandi kami ke Pasar Malam berdekatan membeli ole-ole buat kengkawan yang diingati..
Seronok berjalan sambil menikmati buah strawberi...
Amsyar yang sentiasa excited untuk mencuba segalanya
Makan Malam pula di Taman Selera berhampiran hotel kami menginap
Selesai makan terus pulang tidur kerana keletihan yang amat sangat
Indah dan tenangnya pagi di sini.....
Hari ketiga percutian kami mula bergerak menuruni Cameron Highlands sambil singgah ke Ladang Lebah, Ladang Strawberry dan Ladang Teh.
Hajat dihati memang nak petik buah strawberry tapi keciwa sebab buah yang ada belum matang untuk dipeik kerana telah kehabisan pada hari sebelumnya. Memang ramai betul orang yang bercuti sepanjang perjalanan kami.
Layan candy crush la tu......
En suami mengajak kami terus ke Hadyai tapi jauh la pula rasanya
Akhirnya kami bergerak menuju ke Betong, Thailand
Kami sampai Betong waktu Maghrib
Sunyi betul sempadan kala itu.
En Suami mulanya merancang untuk ke Hadyai melalui Thailand
tapi kami dinasihatkan untuk tidak memasuki kawasan Yala kerana
dianggap sebagai kawasan panas kerana ramai pemberontak di sepanjang perjalanan.
Selesai makan malam di Betong, kami pun keluar menuju ke Kolam Air Panas Legong, Baling.
Sampai Baling dalam jam 11.00malam kami mendapatkan homestay.
Badan memang terasa letih sangat tapi En. Suami beria-ria hendakkan kami semua ke Kolam sebab katanya waktu dinihari lah yang paling sesuai untuk berendam di situ
Ada 3 kolam air panas dengan suhu yang berbeza
Kami mandi sampai jam 3.30pagi...
Amsyar pun sangat teruja bermain sehinggakan beberapa kali jatuh dan hampir lemas
Pulang ke rumah semua lena kerana keletihan
Pukul 7.00 pagi bila aku keluar untuk mengutip pakaian basah diampaian, aku terkejut melihat sarapan nasi goreng yang dihidangkan oleh tuan rumah...
Anak-anak pun berselera menikmati nasi goreng sebab memang favourite mereka
Sebagai tanda terima kasih, kami berikan ole-ole kepada tuan rumah atas sarapan yang disediakan.
Selesai bersarapan kami bergerak ke Sungai Petani
dan singgah di Central Square untuk membeli kelengkapan sekolah anak-anak
Sempat juga mereka menyertai aktiviti yang dijalankan disana....
Selesai shopping di Sungai Petani kami bergerak pulang sebab keesokkan harinya aku, En. Suami dan anak sulung sudah mula bekerja kembali.
Namun begitu percutian kami masih belum berakhir.......