Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Wednesday 15 April 2015

I'm back!

Memang dah lama tak menulis
bukan kerana merajuk cuma tiada semangat untuk menulis
dengan persekitaran yang memang tak friendly langsung!

A lot of incidents happened since I last wrote here
dari menyambut ahli keluarga yang baharu
juga kehilangan ahli keluarga yang amat disayangi
semua itu memang memberikan pelbagai perasaan yang sukar untuk dijelaskan

InsyaAllah saya akan cuba bercerita semampu boleh tentang kehidupan saya kini.
Semoga saya terus kuat menempuh hari-hari mendatang tanpa kehadiran seorang insan yang bernama BONDA...

Alfatihah buat BONDA CHE JELIHA BINTI SHAFIE yang pulang ke rahmatullah pada 15 Februari 2015..



No comments:

Post a Comment