Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Thursday, 22 November 2012

Kucing

aku ni sebenarnya bukanla suka sangat pada kucing

mula-mula bela kucing tahun 1980 di Changlun
kucing sesat yang menumpang di rumah
bila pindah ke Pendang mak bawa sekali
kat Pendang dia beranak pinak
tapi kami tak pedulikan dia sebab masa tu aruah bapa sakit

bila bapa dah tak ada
kami balik ke Jitra
datang lagi kucing sesat
kami bagi nama Toy
bagus dia sangat mendengar kata
kalau masuk rumah setakat area dapur je
sebab pernah sekali tu dia berak kat ruang tamu
mak mengamuk marahkan dia
sejak tu kawasan dia hanya dapur rumah
lepas Toy mati tak bela dah kucing


sekarang ni bela balik
sebab anak ketiga aku, Syikin, suka kucing
sekor ada kat rumah mak nama Adik
dah 10 tahun kami bela
dah bebrapa kali beranak tapi selalu anak betina
so bagi kat orang
sekali tu dapat anak jantan
anak aku ambil bela
bagi nama Ocean

manja dan penakut...
lebih suka duduk rumah tidur...
dah lebih 3 tahun aku bela

 dua bulan lepas kawan Syikin datang hantar 2 ekor kucing
sebab nak pergi bercuti katanya ( tapi sampai sekarang tak ambil balik...)

Ini Ivory

sebenarnya Ivory ni jiran aku bagi masa umur dia 2 bulan
tapi bila kawan Syikin minta aku bagi je
sebab suka berak merata
walaupun aku kurung sehari semalam dalam toilet

sekor lagi Syikin bagi nama Mokmok
sebab memang gemok masa datang

rupa-rupanya bunting
so bulan lepas beranak...6 ekor!
malangnya sekor mati after 2 weeks...



rasanya cukupla kucing kat dalam rumah aku...
En. Suami dah bising
banyak bulu kucing bertebaran.....


2 comments:

  1. Assalam,
    Why don't you mandulkan kucing2 you..kalau tak, memang dia akan beranak pinak non-stop sampai akhir hayatnya. Nanti takut tak terbela pulak anak2 kucing tu. Lagipun JAKIM dah keluarkan hukum harus memandulkan kkucing supaya kebajikannya terbela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Cik Kiah for reading my blog....harus U ni peminat tegar kucing! No worries all the kittens dah selamat di sedekahkan kepada kengkawan...

      Delete