Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Friday, 20 January 2012

It's raining and the kid's were having fun....

ha ari ni buh tajuk omputih....

hari sabtu lepas sebelah petang hujan turun dengan lebatnya
Hafiz dan Hafizi seperti biasa keluar main kat taman dekat rumah mak
so bila balik dalam hujan basah lencun..orang Kedah kata lokoih...
apalagi amik kesempatan main hujan la kat luar kenkonon nak basuh basikal

tengah main hujan kawan angah Great n Pidot sampai juga dalam keadaan lokoih
terus join Hafiz ngan Fizi
seronok tul main hujan...






Friday, 6 January 2012

Amsyar Dah Setahun

Hari ni genap usia Amsyar setahun...
rasanya baru semalam aku sambut dia ke dunia
melihat dia meniarap, merangkak (ha ha dia lompat satu step..tak menyulur) dan sekarang dah berjalan
gigi pun dah ada 4 batang, 2 di atas dan 2 di bawah..
tunggu dia panggil aku mak la pula....
Semoga membesar menjadi anak yang soleh






Percutian

Selamat Tahun Baru 2012
hari ni aku mula kerja selepas cuti 9 hari...
lemau betul rasa bila balik ofis ni...

Sini aku nak share percutian keluarga di Hadyai
Percutian ni pun last minute ..
selepas duduk rumah enam hari tak kemana
sebab En. Suami sibuk dengan urusan kerja
aku tanya En. Suami pperancangan dia.
mulanya En. Suami kata malas nak pi mana-mana
bila anak-anak mula mencebik muka
En.Suami terus cair
tup-tup terus suruh aku dan Linda packing baju
malam tu juga kami bertolak ke Hadyai..

So jam 7.00 malam, 29 Disember 2011
kami masuk ke Thailand
mula-mula singgah dinner kat Danok
anak-anak nak makan daging bakar
Murah....Enam orang makan dalam RM45.00


 Nak tau kat mana? Ni lokasi warung tu...depan tu CIMB Thai..jarak dalam 1km dari Kompleks Imigresen Thailand.

Selesai makan singgah di kedai runcit dekat pasar
beli stok jajan untuk anak-anak






Sampai Hadyai check in kat Hotel Florida, dah pukul 10.00 malam
semua orang letih... terus zzzzz

Pagi esok bangun aku buka tingkap..ni ha view dari hotel... depan Lee Garden..


Pukul 9.00 kami mulakan aktiviti bersiar-siar..
Lokasi pertama Hadyai Municipal Park
Kat sini letaknya Ice Dome
Anak-anak suka tengok karikatur kartun yang ada
rupa-rupanya Lantern Festival
so decide malam nanti datang balik
terus kami ke Samila Beach di Songkhla..
Nasib tak baik..hujan lebat....  :-(


Kami balik hotel pukul 3.00 untuk rehat sekejap
Tiba malam pergi tengok Lantern

 Lepas tu terus ke Klonghae Floating Market

 Melangkah masuk aku nampak makanan exotic ni....
 Cantik betul kuih kapit di jadikan bunga....





Pukul 11.00 balik hotel...
Esok kita balik.....