Minggu ni last sekolah
kat Kedah esok dah start cuti dua minggu
dalam pada tu mak oooiiiiiii jemputan kahwin banyak betul
pecah rekod aku terima undangan yang bersusun kali ini
selalu satu dua je
kali ni dekat sepuluh..
paling banyak pada 29hb... ada 5 tak silap
kengkawan IG ada dua..pak menakan panggil kenduri anak tiri dia kawen pun hari tu..
anak menakan nikah hari tu (yang ni aku wajib pergi sebab pengantin pompuan dah book awal aku kena buat roti jala untuk jamuan masa nikah nanti)
anak menakan member ofis satu...
hmmm...maafla kawan-kawan yang aku tak boleh pergi
komitmen pada nak menakan tu tak dapat nak elak
mak aku pun sibuk tanya sapa nak bawa dia pergi kenduri rumah pak menakan tu...
kenala aku kautim dengan sepupu aku nanti..
minggu satu lagi birthday Angah..
kesian anak teruna aku tu kat PLKN
dah dua minggu kat sana
dah beberapa kali telefon tanya bila aku nak pergi melawat dia
tok dia lagila sibuk tanya aku benda yang sama
dalam pada tu ada lagi wedding yang dijemput
Aktiviti cuti sekolah pun aku tak plan langsung
harus rumah aku jadi tongkang pecah nanti
kerja kat ofis pun banyak
apa lagi a product launching lepas cuti sekolah ni
so preparation dah bermula
tetamu kehormat Menteri Pengangkutan
dan ada aktiviti susulan selepan event launching tu..
maknanya sebulan la aku kena concentrate hal-hal begini
pre event punya aktiviti, event day dan post event...
aku nak pengsan boleh tak??????
Dalam hidup perlu ada keseimbangan.. ada api ada air ada ilmu ada amal ada lelaki ada perempuan.....
Kisah aku, kau, dia dan mereka
Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.
Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...
Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...
No comments:
Post a Comment