Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Thursday, 26 May 2011

Cuti Sekolah Datang Lagi....

Minggu ni last sekolah
kat Kedah esok dah start cuti dua minggu
dalam pada tu mak oooiiiiiii jemputan kahwin banyak betul
pecah rekod aku terima undangan yang bersusun kali ini
selalu satu dua je
kali ni dekat sepuluh..
paling banyak pada 29hb... ada 5 tak silap
kengkawan IG ada dua..pak menakan panggil kenduri anak tiri dia kawen pun hari tu..
anak menakan nikah hari tu (yang ni aku wajib pergi sebab pengantin pompuan dah book awal aku kena buat roti jala untuk jamuan masa nikah nanti)
anak menakan member ofis satu...
hmmm...maafla kawan-kawan yang aku tak boleh pergi
komitmen pada nak menakan tu tak dapat nak elak
mak aku pun sibuk tanya sapa nak bawa dia pergi kenduri rumah pak menakan tu...
kenala aku kautim dengan sepupu aku nanti..

minggu satu lagi birthday Angah..
kesian anak teruna aku tu kat PLKN
dah dua minggu kat sana
dah beberapa kali telefon tanya bila aku nak pergi melawat dia
tok dia lagila sibuk tanya aku benda yang sama
dalam pada tu ada lagi wedding yang dijemput

Aktiviti cuti sekolah pun aku tak plan langsung
harus rumah aku jadi tongkang pecah nanti


kerja kat ofis pun banyak
apa lagi a product launching lepas cuti sekolah ni
so preparation dah bermula
tetamu kehormat Menteri Pengangkutan
dan ada aktiviti susulan selepan event launching tu..
maknanya sebulan la aku kena concentrate hal-hal begini
pre event punya aktiviti, event day dan post event...
aku nak pengsan boleh tak??????


Monday, 16 May 2011

Selamat Hari Guru

Hari ni 16 Mei...Hari Guru SeMalaysia
Teringat masa zaman persekolahan
Dari sekolah rendah di Methodist Girls School di Pulau Pinang
Teachers Day memang happening
Sebulan sebelum sambutan semua kelas dari darjah 1 hingga 6 sibuk kumpul duit
setiap hari simpan duit untuk diberi kepada ketua kelas
zaman tu 50sen seminggu dah cukup banyak
so bila cukup bulan banyakla duit yang terkumpul
selalunya kami akan bagi separuh dari duit kutipan kepada pengawas untuk beli flower bouquet
separuh lagi kami akan belikan hadiah untuk cikgu kelas kami
so bila masa untuk sampaikan jambangan kepada cikgu di dewan guru kelas kami akan dapat dua...
satu jambangan bunga dan satu bungkusan hadiah
 Dah lebih 30 tahun aku tinggalkan sekolah rendah
nama2 guru pun aku dah tak berapa ingat
jap...Mrs Leong, Mrs Lim, Mdm Teoh, Puan Zainab..... Thank you teachers!

masuk menengah aku ke SMSAH a.k.a Jenan
bila full boarding school ni lainla senarionya
hanya kutipan kelas untuk beli sendiri kepada para guru
dan paling happening ialah perlawanan sukan dengan para guru
student yang lebih2..siap tak mo beralah dengan cikgu
tapi bila kenangkan masa tu memang seronok
dan semalam bila aku update wall di FB mengucapkan Selamat Hari Guru kepada
guru-guru yang turut menjadi friends dalam FB aku jadi bangga
Guru aku sekarang adalah kawan-kawanku juga
masih saling berhubungan dan berborak mesra di alam maya maupun realiti
ada satu cikgu masa sekolah menjadi pujaan kebanyakan pelajar perempuan
sebab tampan...ajar matematik.. tapi aku dia tak ajar ..Cikgu Fakhiruddin
bila habis belajar masa aku bekerja di Pulau Pinang aku selalu terserempak dengan cikgu ni
dia telah beralih karier dengan bekerja dengan sebuah bank
yang menariknya kami selalu terserempak dihujung minggu untuk pulang ke kampung masing-masing
jadinya kami akan menaiki bas bersama-sama dan menjadi teman bersembang disepanjang perjalanan pulang dari Butterworth ke Alor Setar (tapi Cikgu Din setakat Guar Chempedak saja)
dan aku akan selalu tersenyum sendirian bila mengingatkan Cikgu Din guru yang aku cukup segan masa di sekolah menjadi salah seorang sahabat aku masa itu
Those were the days...
Buat guru-guru di Jenan..Zainuddin Saad, Abdullah Ibrahim, Tajuddin Saad, Ustaz Murshid, Cikgu Suhaimi,Sharipah Saad, Mehat Man, Wahab Man, Mdm Chua, Mr Chiang, Mr Lim Eng Hua dan ramai lagi yang aku lupa nama mereka..terima kasih atas segala ilmu yang diberikan

SELAMAT HARI GURU!