Kisah aku, kau, dia dan mereka

Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.

Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...

Tuesday, 22 December 2015

Percutian 2015 - Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam

Teruja!
Perkataan paling tepat untuk mengambarkan perasaan kami sekeluarga.
Anak-anak dan suami memang obvious excited mungkin kerana pertama kali naik kapalterbang.

Kami menaiki Air Asia dari KLIA 2 tapi sebelum berlepas tunggu Kakyun denngan suaminya untuk ambil kereta di parking. Teruja si kakak dapat jumpa keluarga bila dah 2 bulan tak jumpa. Sempat grab breakfast KFC dulu sementara tunggu waktu berlepas.


Sebab dah web check-in kami tak la kalut nak beratur kat kaunter.. nasib baik sebab masa tu sesak dengan jemaah umrah.

Alhamdulillah mudah melepasi pemeriksaan keselamatan di airport. Mungkin dari awal anak-anak dah faham 'do's & don'ts' ketika di balai berlepas. Semuanya kerana aku gugel dan print catatan pengalaman bloggers bila nak bercuti.

Biasala kan... bila kat terminal ada wifi free masing-masing sibuk update status. ;-)


En. suami nampak cool je dalam flight dan anak-anak aku tengok ada macam-macam reaksi...


Nanti kita cerita lagi ye!

Thursday, 10 December 2015

Update!

salam semua!

hmmmm lama betul tak menulis
bukan sebab malas atau apa tapi sebab kekangan masa yang sangat cemburu dengan saya.

Insyaallah saya akan cuba update aktiviti terkini saya..

Stay tune!