Sedih la..
dah 3 minggu Ocean dengan Ivory tak balik rumah
hilang kena curi ke
atau?
Paling kecewa bila Ivory tu baru sembuh dari sakit
dua bulan dia kat rumah
tak pergi mana-mana lepas pergi injection untuk kurap yang menebal kat telinga
tup-tup bila dia keluar sekejap untuk buang hajat terus tak balik...
Si Ocean pulak tak tahula nak kata apa
dia memang selalu dok temankan Ivory kat rumah
selalunya dia melepak kat atas bumbung rumah usha burung
tapi kali ni entah mana dia pergi...
Sedih!
Dalam hidup perlu ada keseimbangan.. ada api ada air ada ilmu ada amal ada lelaki ada perempuan.....
Kisah aku, kau, dia dan mereka
Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.
Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...
Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...