korang suka tak boss korang?
aku?
nak kata suka tak juga
sebab aku tak kenal dia sepenuhnya
baru join company 5 bulan lepas
dan dia kureng mesra ngan kami staff dalam department yang dia pegang
dah tu unpredictable!
dan satu lagi tak berani nak buat keputusan sendiri..asyik nak tunggu boss yang satu lagi bagi lampu hijau..
isk susah la...
banyak kerja jadi pending dan delay sebab karenah yang sebegini..
yang teruknya team kami yang buat kerja
staff yang baru masuk bulan lepas pun dah blah tak tahan dengan dia
sedangkan staff tu dia yang bawa dari company lama dia dulu..
korang bolehlah bayangkan perasaan kami orang-orang lama dalam department tu terhadap boss ni...
tak percaya langsung kepada kami semua
dan baru-baru ini dia dah terjerat sendiri..
puncanya sebab sikap kurang mesra tu la..
entahla berapa lama lagi nak kena bersabar dengan boss-boss yang macam ni..?
Dalam hidup perlu ada keseimbangan.. ada api ada air ada ilmu ada amal ada lelaki ada perempuan.....
Kisah aku, kau, dia dan mereka
Dalam menjalani kehidupan seharian, pelbagai cabaran dan rintangan ditempuhi. Suka dan duka adalah penambah perisa dalam pengalaman itu. Apa yang aku tulis di sini adalah melalui pengalaman atau pengamatan aku dalan sesuatu hal samada yang ku tempuhi sendiri ataupun melalui pembacaan atau pengalaman insan yang sudi berkongsi cerita dengan aku.
Buat perempuan mahupun lelaki, kita semua punya kelemahan, kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Namun begitu setiap kelemahan yang muncul seringkali amat jelas dimata orang. Justeru itu kita tidak perlu lekas melenting andai di tegur kelemahan itu sebaliknya terimalah kritikan atau teguran itu satu panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri...
Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik kepada semua...